Friday, May 6, 2011

~QUEEN OF MY HEART~ ^,^...







Tahun lalu, ketika ibuku berkunjung ke rumahku di KL, beliau mengajakku untuk membeli-belah bersamanya kerana beliau mengingkan sebuah gaun yang baru. Aku sebenarnya tidak suka pergi shopping ni maklumlah lelaki, klau psl shopping2 ni mmng payah sikit dan aku ni pn bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian aku berangkat juga ke shopping complex tersebut yang mana isteriku turut menemaniku. Kami mengunjungi kedai yang menyediakan gaun wanita, dan ib uku mencuba gaun demi gaun dan mengembalikan semuanya. Seiring waktu yang berlalu, aku mulai penat dan ibu juga kecewa kerana masih belum menemui apa yang beliau inginkan.

Akhirnya, di kedai terakhir yang kami kunjungi, ibuku telah mencuba satu stel gaun biru yang cantik terdiri dari tiga helai. Pada blousenya terdapat sejenis tali pada bahagian lehernya, aku menunggu lama di luar dan kerana ketidaksabaranku, maka untuk kali ini aku ikut masuk dan di luar ruang ganti pakaian, aku menanyakan isteriku yg mana turut menemani ibu untuk mencuba pakaian. isteriku membuka pintu dan aku melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengikat talinya.

Ternyata tangan-tangannya mulai terketar-ketar oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaranku digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam padanya. Aku berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari.

Setelah aku mendapatkan ketenangan lagi, aku kembali masuk ke kamar ganti untuk mengikatkan tali gaun tersebut. Pakaian ini begitu indah dan dia membelinya.Perjalanan belanja kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut tetap terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatanku. Sepanjang sisa hari itu, fikiranku tetap saja kembali pada saat berada dalam ruang ganti pakaian tersebut dan terbayang tangan ibuku yang sedang berusaha mengikat tali blousenya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapkan ku ketika makan, memandikanku, memakaikan baju, sebelum ku pergi ke sekolah membelai dan memeluk ku sebelum tidur dan yang paling besar sekali, tangan beliau tidak henti2 berdoa untuk ku, sekarang tangan itu telah menyentuh hatiku dengan cara yang paling membekas dalam hatiku. Kemudian pada petang harinya, aku pergi ke kamar ibuku, mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, aku memberitahukannya bahwa bagiku kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Aku sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuatku dapat melihat dengan mata baru, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Aku hanya mampu berdoa bahwa suatu hari kelak tangan ku dan hati ku akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan yang begitu agung, tetapi tiada satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu ...

** With Love to All Mother **
Semoga kisah ini dapat menjadi motivasi buat kita untuk berbuat yang terbaik pada orang tua kita. Amin










0 comments: