Tuesday, November 30, 2010

7 cara ceriakan hidup anda!!! ami uya punya cara lah!!!




Oleh sbb uya ami telah berkali-kali membebel pd ku kerana xdak mengupdate blog ini, lantas aku memutuskan utk melakuknnya pd hri ini...haha...pdhal dh sebulan die pesan tp bru td die bg kata 2, 'klau awak x wat new post kat blog, sya akan .... ngan awak!' heee... bunyinyer seperti serius tp tahu2 jer la...aku ni jenis orang yg x mkn saman.....sori yer uya ami....=) main2 jer...

hri ni aku nk bg tips ckit mengenai bagaimana cara yg membolehkan kter ceria sentiasa dlm hidup.....haha...xtau la cara aku ni boleh pkai ker x??? Bialah, dlm hidup kter ni sdh tentu mcm2 mslh kter hadapi, persaingan antara rakan sekerja, tempo kehidupan yg terlalu pantas & tekanan hidup yg mnybabkan senyuman semakin kurang pada wajah....~klau nk awet muda mcm ami uya n uya ami, kna lah bnyk2kn senyuman 2 yer..hee. Justeru, cewahh....aku akn memberi panduan ceriakan kehidupan penuh bebanan bagi generasi moden....=)

1) BELA HAIWAN PELIHARAAN@PETHOUSE
menurut kajian, mereka yg memelihara haiwan peliharaan lebih tenang & boleh membantu melegakan tekanan hidup. Oleh itu, membela haiwan peliharaan seperti hamster, kucing, arnab, ikan@ pun burung adalah cara yg mujarab utk menambah keceriaan dalam hidup. ~klau ami, ami ader bela haiwan gk, nk tau aper? of cuz la Landak modern@ Porcupine...hikhik...
.


2) BUAT KEBAJIKAN@KEBAIKAN
ha! ni satu lg cara yg ptut diamalkan. memberi lebih baik daripada yg menerima. mmng benar ungkpn ini. (ami uya slalu amalkn ni..hikhik). seseorang akn berasa gembira apbila dpt membantu mereka yg memerlukan. misalnya, menderma kpd mangsa bencana alam @ mnjadi sukarelawan di rumah orng2 tua @ ank yatim. xpn xpyh g smpai umah org tua 2 tolong mak bapak kter pn dh ckup la. Ini, bler umi kter mntak tolong mula lah bg mcm2 alasan....aishh..bdk2 zaman skrg......=,='/// kebajikan yg dihulur dengan hati yg tulus suci merupakan inti pati kebahagiaan sejati....cewahhh amiuya mmng pndai bermadah....~winkk~





3) BERFIKIRAN OPTIMISTIK
Biasanya mereka yg pesimistik tidak berani melangkah ke depan. kita patut berfikiran optimistik & bermotivasi utk mencapai hasrat dan impian. walaubgaimnapn, jgn trlalu overconfident lak anda boleh mncapai segala matlamat yg diingini. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. Jgn mdh putus asa dan hadapi rintangan hidup dgn fikiran positif!!!




4) PELBAGAIKAN KEHIDUPAN
cubalah kegiatan baru, terimalah cabaran baru! Anda pasti akan terkejut & gembira apabila berpeluang mempelajari sesuatu yg bru! selain mempelbagaikan kehidupan sosial, korunk jga berpeluang menunjukkan potensi baru & memperolehi kebahagiaan





5) LAKUKAN AKTIVITI YG DISUKAI perkembangan fizikal & mental boleh dicapai melalui aktiviti kegemaran yg menyihatkan. hehe...tp mcmne lak ngan berfacebooking......tingtong.....walaupun sibuk ngan kerja jgnlah smpai mengabaikan hobi atau aktiviti seumpamanya yg boleh menghiburkan hati kourunk....=)





6) JANGAN BANDINGKAN DIRI KORUNK NGN ORANG LAIN
ada segelintir yg suka membandingkan diri dgn org lain (ami pn kdg2 cam2 hee)... terutamanya dlm bidang pelajaran,kerjaya, status, harta, & bnyk lgi la! perasaan seperti "aku nk lebih kaya dripda die! atau aku msti menang!" mnybabkan kehidupan seseorang lebih tertekan & terdesak. janganlah terlalu pentingkan perbandingan. hadapilah hari2 dengan penuh semangat & cuba sedaya upaya utk lakukan setiap perkara sebaik baiknya.





ok la my frenz...itu jer yg ami dpt kongsikn hri ni...nk tunggu ami post lg xtau la bler lg.....haha...
tp yg penting jg tinggal solat, jga perhubungan dengan Allah....kerana dengan keikhlasan melakukan ibadat itulah yg menjamin ketenangan diri. Selamat beramal....=)


Sunday, November 7, 2010

I will survive by Cake


At first I was afraid
I was petrified
I kept thinking
I could never live without you by my side
But then I spent so many nights
Just thinking how you'd done me wrong
And I grew strong
I learned how to get along
So now you're back
From outer space
I just walked in to find you here
Without the look upon your face
I should have changed my f-ing lock
I would have made you leave your key
If I'd have known for just one second
You'd be back to bother me

Oh now go,
Walk out the door
Just turn around now
You're not welcome anymore
Weren't you the one who tried to break me with desire
Did you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
As long as I know how to love I know I'll be alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
I will survive
I will survive
Yeah, yeah

It took all the strength I had
Just not to fall apart
I'm trying hard to mend the pieces
Of my broken heart
And I spent oh so many nights
Just feeling sorry for myself
I used to cry
But now I hold my head up high
And you see me
With somebody new
I'm not that stupid little person still in love with you
And so you thought you'd just drop by
And you expect me to be free
But now I'm saving all my loving
For someone who's loving me

Oh now go,
Walk out the door
Just turn around now
You're not welcome anymore
Weren't you the one who tried to break me with desire
Did you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
As long as I know how to love I know I'll be alive
I've got all my live to live
I've got all my love to give
I will survive
I will survive
Yeah, yeah

THE REDS OR THE BLUES???

haha.... wut???

tonight game???

oh, I see.....
EPL super suday game between Liverpool n Chelsea..
.
tonight game is one of the clash I waiting 4.....as I'm a die hard fan of Liverpool fc of cuz I want my team win tonight! of cuz! who say can't? of cuz Liverpool can win! we don't play for a draw we played 4 a win!

Soccer
who says Liverpool cap AYAM??? we will prove it TONIGHT! hahaha.....

there's no reason why we can't get 3 points clear tonight......even without joe cole but I believe we still can win cuz we have other superbs players like Steven G (who scored ha-trick in the previous EUROPA League match against Napoli) Fernando TORRES! (showed he is improving week by week) N OTHERS! football is a team game not n individual game........

I hope that Roy Hodgson will do is job wisely and do a appropiate tactical 4 the battle tonight! if we want to climb up the table so make sure 3 points clear tonight la!....

ahaha....that's all 4 now.....as a conclusion watch tonight game! support Liverpool fc team.....
~ynwa~
in the field we're enemy.....

Friday, November 5, 2010

TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI

ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:

(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.

Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

Mrs. Somebody Else!
Graphics