Thursday, May 5, 2011

~lawatan sambil belajar ke kilang Proton S.Alam & Coklat Beryl's Seri Kembangan ^,^...part 1



Pada 3 Mei 2011 yang lalu, saya telah mengikuti lawatan sambil belajar ke kilang Proton S.Alam & Coklat Beryl's di Seri Kembangan yang dianjurkan oleh Jabatan RBT. semua pelajar 1PISMP RBT AMBILAN JANUARI 2011 terlibat dalam lawatan ini iaitu seramai 61 orang pelajar. Lawatan ini turut diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Pn.Asma dan Pn. Rashidah. perancangan awal sepatutnya kami bertolak ke kilang Proton pada pukul 8.00 pg, namun oleh kerana beberapa masalah teknikal kami bertolak agak lewat iaitu pd pkul 8.30 pg.

Kami tiba di kilang Proton S.Alam pd pukul 9.30pg. kami disambut oleh kakitangan syarikat dan diberikan taklimat ringkas berkenaan kilang dan juga keselamatan semasa berada di dalam kilang. Kemesraan kakitangan syarikat jelas ditonjolkan apabila mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu yg berkaitan dan menjawab soalan2 yg diajukan oleh pelajar. Semasa di dalam kilang kami diperlihatkan mengenai situasi sebenar berkenaan pemasangan kereta. untuk pengetahuan umum, sebuah kereta tempoh pemasangannya hanya mengambil masa lebih kurang 93saat dan dalam sehari boleh memasang 300 buah kereta! wow!!! bg kami ia bkn sesuatu yg menghairankan kerana di dalam kilang tersebut terdapat ramai pekerja disamping dibantu oleh teknologi mesin yg serba moden bg mempermudahkan perjalanan kerja dan dpt menghasilkan jumlah produk sepertimana yg telah ditetapkan. semangat Kaizen@perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit turut diterapkan dalam kalangan pekerja. Selesai sahaja melawat di dlm kilang, kami di bawa ke ruang mkn utk menikmati jamuan ringan. kami juga turut diberikan cenderhati drpd pihak Proton atas kesudian kami utk melawat kilang tersebut.

sememangnya bnyk ilmu baru yg kami semua perolehi di sini dan amat berguna pd kami sebagai seorang guru rbt. =)~wink~ part 2 nanti Ami smbung lg...lawatan ke kilang Coklat@kilang Charlie n the Chocolate Factory ^,^

~oleh kerana gmbr2 lawatan bnyk sgt jd Ami wat Album gmbr2 smua 2 kat fb, so saper yg nk tngok g la fb Ami...^,^







1 comments:

nabilasyazween said...

Aww, suka suka . gambaq aku ada kat sini . Yeyyyyy